Imran terkedu melihat sekujur tubuh dipenuhi
darah terlentang di lantai kamar sebaik saja tersedar dari lena. Susuk tubuh itu
seakan pernah dilihat, namun wajah mayat itu ditutupi rambut dan
darah, menyukarkan Imran untuk mengecam pemilik tubuh itu. Darah merah masih lagi
mengalir, membentuk takungan di sekeliling mayat, menandakan mayat perempuan itu
baru saja menemui ajalnya. Imran masih lagi kaku. Matanya terbelalak, mulutnya
terlopong. Serasa ingin menjerit namun seakan ada satu kuasa menghalang tekaknya dari mengeluarkan sebarang bunyi. Bau hamis darah semakin menusuk hidung, namun dia
tidak berani untuk mendekat, bimbang mayat itu tiba-tiba bangun lalu
menerkam nya. Selimut ditarik menutupi tubuh, yang terlihat cuma paras mata
sahaja. Dalam ketakutan mata Imran mula melilau, melihat sekeliling kamar. Hatinya
semakin gelisah. Mana Kamalia?? Bukan kah dia bersama ku semalam?? Kenapa ada
mayat di sini??
Penulis :- Quan Zieway
No comments:
Post a Comment