Thursday, 27 February 2014

MENOPAUSE SYNDROME

Maya  duduk termenung di balkoni flat miliknya di tingkat 12, Taman Melati. Asap rokok berkepul-kepul keluar dari hidung dan mulutnya. Dia terusan memerhati manusia-manusia yang sedang sibuk dengan urusan masing-masing dari tingkat 12. 'Manusia itu semuanya pentingkan diri sendiri', bisik Maya dalam hati. Sesekali dia menyedut dalam-dalam rokok di mulutnya dan menghembus asap membentuk O. Lalu asap tersebut terbang di udara membesar dan terus hilang....


      “Maya. Kau tak ke sekolah ke ari ni?” Dari petang semalam aku nampak kau berdiri kat balkoni ni. Apa yang kau fikirkan ni?” Suria, teman serumah Maya menegur. Maya mengeluh. Melihat Maya yang masih mendiamkan diri, Suria menyambung. “ Dah berapa banyak kau hisap ni? Kau, kalau dah menyedut ni, mesti kau ade masalah. Cuba cerita kat aku ape masalah kau.”
Suria duduk di tepi Maya sambil tangannya mengutip putung rokok yang bertaburan di luar ashtray. Putung-putung rokok itu dimasukkannya ke dalam kotak rokok yang sudah kosong di kaki Maya.
Maya hanya memerhati perlakuan Suria dan tersenyum. Rokok masih tidak lekang dari tangannya. Sesekali dia terbatuk kecil disebabkan asap rokok itu sendiri.
      “ Kau ok tak ni Maya. Aku tengok kau dah macam zombie dah ni. Dari aku pergi kerja petang semalam sampailah aku habis syif , tak jugak kau berganjak dari balkoni ni dengan rokok-rokok kau tu. Kau gaduh lagi dengan puaka tu kan?” Suria merenung muka Maya dalam. Melihat Maya yang hanya tersenyum, Suria mendengus kasar. “ Aku dah agak dah!”



Bersambung... 

Penulis :- SI POLOS

SIMNABULISME ( PART II )


arghhhh!!! Imran!!Tolong lia!! Jangan buat macamni!! Sedarlahh!!!! Imran tersentak mendengar jeritan Kamalia. Sayup, namun amat dikenali pemilik suara itu. Serta merta ketakutan nya hilang. Mayat yang terkujur di lantai kamar tidak dipeduli, seakan ghaib pada pandangan akal. Yang ada dalam kotak fikiran nya kini cuma Kamalia. Dengan pantas, Imran melompat dari katil lalu berlari ke ruang tamu. Mata nya melilau ke segenap penjuru. Tiada. Kemudian langkah diatur pantas menuju ke ruang dapur, namun susuk kamalia tetap tidak kelihatan. 

Bummmm! Kedengaran bunyi pintu dihempas. Imran bergegas kembali ke ruang tamu lalu menerjah keluar, kelihatan seorang gadis berlari laju, tergesa-gesa meninggalkan halaman banglo besar itu. `Hoi! Tolong saya!! Tolong ke sini!' pekik Imran. Gadis itu menoleh, demi melihat kehadiran Imran di hadapan pintu, gadis itu semakin pantas berlari, raut wajahnya menggambarkan sebuah ketakutan. Seakan-akan Imran itu hantu. Imran jadi hairan melihat gadis itu yang semakin pantas berlari, seakan cuba menjauhi dan tidak mempedulikan langsung pekikannya. `Dia berada di sini kah tadi?' gumam Imran sendirian. 

Imran kembali melangkah masuh ke dalam banglo nya. Punggung dihempas di atas sofa kulit yang empuk. Hiasan-hiasan keris serta ayat khat yang memenuhi dinding banglonya memperlihatkan sisi kemelayuannya. Matanya mencerlung menatap setiap anak tangga menuju ke kamar tidurnya. Dia semakin dihimpit gelisah. Sudahla dipandang bagaikan hantu, Kamalia juga hilang, dalam bilik ada mayat pula. Imran buntu memikirkan tindakan selanjutnya. `Aku mesti lapor kepada polis..!!' Lantas, jari jemari nya mula menekan butang 9, diulang sebanyak 3 kali. Talian disambungkan,lantas Imran mula bercerita, dari awal hingga akhir, tanpa ditokok tambah.



bersambung...


Penulis :- QUAN ZIEWAY

Monday, 24 February 2014

SIMNABULISME (PART I)


Imran terkedu melihat sekujur tubuh dipenuhi darah terlentang di lantai kamar sebaik saja tersedar dari lena. Susuk tubuh itu seakan pernah dilihat, namun wajah mayat itu ditutupi rambut dan darah, menyukarkan Imran untuk mengecam pemilik tubuh itu. Darah merah masih lagi mengalir, membentuk takungan di sekeliling mayat, menandakan mayat perempuan itu baru saja menemui ajalnya. Imran masih lagi kaku. Matanya terbelalak, mulutnya terlopong. Serasa ingin menjerit namun seakan ada satu kuasa menghalang tekaknya dari mengeluarkan sebarang bunyi. Bau hamis darah semakin menusuk hidung, namun dia tidak berani untuk mendekat, bimbang  mayat itu tiba-tiba bangun lalu menerkam nya. Selimut ditarik menutupi tubuh, yang terlihat cuma paras mata sahaja. Dalam ketakutan mata Imran mula melilau, melihat sekeliling kamar. Hatinya semakin gelisah. Mana Kamalia?? Bukan kah dia bersama ku semalam?? Kenapa ada mayat di sini??




bersambung...


Penulis :- Quan Zieway

Sunday, 23 February 2014

Tanya Kami

Sebarang persoalan yang tidak terkeluar dari landasan bolehlah di emailkan ke
syndrome004@gmail.com

Kami sentiasa mengalu-ngalukan penulis baru yang cintakan penulisan. Setiap penulisan bebas ditulis dan tidak hanya terikat mengenai kisah cinta semata-mata. 

GENRE :-
Puisi
Kispen
Cerpen
Fantasi
Horror
Misteri
Romance
Fiksi
dll.



Logo SG




Perjalanan para penulis SG dalam mencari realiti kehidupan yang penuh dengan fantasi. Syndrome adalah sesuatu yang sering berjangkit dalam kehidupan masyarakat di Malaysia termasuk ahli-ahli SG sendiri. Maka nama syndrome lebih releven berbanding nama lain, memandangkan ahli-ahli SG sendiri sering mengalami syndrome yang sukar untuk diramalkan. Sinonimnya syndrome bagi kalangan rakyat Malaysia adalah suatu penyakit yang tidak berjangkit. Maka lambang otak lebih sesuai digunakan berbanding gambar tengkorak. Titik 4 di otak mewakili 4 orang parasit yang sentiasa berganding bahu untuk mewujudkan SG ini sebagai bahan bacaan kanak-kanak riang seperti anda.

Ahli SG


...
Hero tamil - TOK GAJAH

...

Crazy - SI BETARI PERKASA


...
Blur girl - SI POLOS


...
Strong girl - QUAN ZIEWAY

Saturday, 22 February 2014

Tentang SG

SG merupakan sebuah kumpulan yang dianggotai oleh empat orang manusia jadi-jadian yang sentiasa cuba untuk membina dunia mereka sendiri. Kami merupakan amatur yang suka mencabar diri sendiri untuk melakukan sesuatu berbeza dari aturan yang biasa. Ter-wujudnya SG ini adalah hasil sembang-sembang kosong diatas talian. SG sentiasa menerima kutukan, kritikan yang membina bagi meningkatkan lagi kemahiran SG dalam penulisan. Ahli-ahli SG sebenarnya terdiri daripada marhaen yang tinggal di daerah berlainan. 

Kebanyakan penulisan SG adalah daripada pengalaman dan fantasi ahli-ahli SG sendiri. Apa yang SG inginkan adalah keseronokan para pembaca untuk membaca karya-karya amatur ahli SG.